Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Perasmian Khatam Hadith Sahih Al Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024

Diterbitkan: 22 Nov 2024 2.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Majlis yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan At-Taibah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-perasmian-khatam-hadith-sahih-al-bukhari-peringkat-antarabangsa-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:35 MYT
Putrajaya, 22 November 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian Khatam Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 yang berlangsung dekat Masjid Putra, di sini malam tadi.

Majlis yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan At-Taibah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Turut sama hadir, Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar.

Majlis yang menghimpunkan para ulama terkemuka dan pemimpin agama serta delegasi antarabangsa itu merupakan kemuncak kepada Majlis Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa yang telah bermula sejak 10 November lalu, dengan penyertaan peserta dari dalam dan luar negara.

Terdahulu, Dato’ Sri Ayob Khan bersama para tetamu menunaikan solat fardhu Isyak, solat Hajat dan bacaan Yasin secara berjemaah yang diketuai Imam Besar, Masjid Putra, Dr. Muhamad Zakuwa Rodzali.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato' Seri Anwar menzahirkan kesyukuran atas penganjuran majlis yang berjaya menghimpunkan para ilmuan Islam seluruh negara, juga menjadi platform bagi mengukuhkan ukhuwah Islamiah di peringkat global dalam menyemarakkan tradisi ilmu serta memupuk perpaduan ummah, baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Seusai ucapan, majlis diteruskan dengan Syarahan Perdana dan Pengijazahan Sahih Al-Bukhari daripada ulama khas jemputan, Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari sebelum diakhiri dengan doa penutup.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan Kitab Sahih Al-Bukhari Cetakan Eksklusif Al-Sultaniyyah oleh Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad kepada Dato’ Seri Anwar sebagai simbolik selesai bacaan penuh dan Pengijazahan Hadith Sahih Al-Bukhari.

Hadir sama, barisan ketua agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pengamal media.

Jurugambar: PDRM RMP TV


May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 8 people

May be an image of 1 person, crowd and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of one or more people and crowd

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text




ArtikelDiterbitkan 22 Nov 2024 2.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM