
Article
Timbalan Kpn Hadir Majlis Perasmian Amm Ke 58
Kuala Lumpur, 9 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri-Ment...
Kuala Lumpur, 9 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat Berkaitan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, AMM ke-58 dan Mesyuarat Berkaitan menyaksikan 24 mesyuarat peringkat menteri serta sesi perbincangan bersama Rakan Dialog ASEAN dan Sektoral.
Mesyuarat yang berlangsung selama empat hari bermula semalam sehingga 11 Julai menghimpunkan menteri-menteri luar dari negara ASEAN serta wakil rakan dialog bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan, politik serantau dan kerjasama strategik dalam mendepani cabaran global.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hj. Hasan, barisan menteri luar ASEAN, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Usuf Jan Mohamad, Ketua Polis Daerah Dang Wangi , ACP Sulizme Affendy Sulaiman dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Superintenden Mohamad Musa Marsidi.