
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Majlis Penyampaian Aipn Tahun 2024
Putrajaya, 13 Februari 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi...
Putrajaya, 13 Februari 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara (AIPN) Tahun 2024 di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara, (JPN) di sini, petang tadi.
Acara dwi tahunan anjuran JPN pada kali ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan bertujuan mengiktiraf serta menghargai usaha kreatif dan inovatif warga JPN untuk memperkukuh perkhidmatan awam di Malaysia.
Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyeru warga JPN untuk meneroka kecerdasan buatan (AI) yang kini menjadi pemangkin utama dalam transformasi digital.
Jelasnya, penggunaan AI dalam perkhidmatan awam bukan sekadar trend tetapi merupakan satu keperluan bagi meningkatkan kecekapan, ketetapan dan keputusan pengguna.
Sebanyak 46 projek inovasi dipertandingkan, meliputi pelbagai kategori, termasuk Anugerah Khas MDN, Anugerah Khas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Anugerah Khas Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Anugerah Platinum (Projek Inovasi Terbaik).
Hadir sama, KSU KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Hj. Makhzan Mahyuddin, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Tuan Badrul Hisham Alias, barisan ketua jabatan dan agensi di bawah KDN.