
Article
Timbalan Kpn Hadir Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni Bersama Mdn Di Sungai Petani
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN...
Sungai Petani, 9 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Masjid Sultan Muzaffar Shah, Kedah, di sini, petang tadi.
Majlis anjuran Jabatan Penjara Malaysia itu bertujuan untuk menyantuni dan beramah mesra di samping menerapkan nilai-nilai murni serta mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat dengan pucuk pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam majlis yang diadakan, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menyampaikan sumbangan kebajikan berupa bakul makanan kepada golongan asnaf di daerah berkenaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Seusai berbuka puasa, Dato' Sri Ayob Khan bersama para tetamu dan masyarakat setempat menunaikan solat fardu Maghrib, di sini.
Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Hj. Makhzan Mahyuddin, Komisioner Jeneral Penjara, Dato' Hj. Abdul Aziz Abdul Razak, Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh, barisan Ketua dan Timbalan Pengarah agensi di bawah KDN.
Jurugambar: PDRM RMP TV