Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni Bersama Mdn Di Sungai Petani

Diterbitkan: 09 Mar 2025 4.19 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.54 PM
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Masjid Sultan Muzaffar Shah, Kedah, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-penerapan-nilai-nilai-murni-bersama-mdn-di-sungai-petani
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:54 MYT
Sungai Petani, 9 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Masjid Sultan Muzaffar Shah, Kedah, di sini, petang tadi.

Majlis anjuran Jabatan Penjara Malaysia itu bertujuan untuk menyantuni dan beramah mesra di samping menerapkan nilai-nilai murni serta mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat dengan pucuk pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam majlis yang diadakan, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menyampaikan sumbangan kebajikan berupa bakul makanan kepada golongan asnaf di daerah berkenaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Seusai berbuka puasa, Dato' Sri Ayob Khan bersama para tetamu dan masyarakat setempat menunaikan solat fardu Maghrib, di sini.

Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Hj. Makhzan Mahyuddin, Komisioner Jeneral Penjara, Dato' Hj. Abdul Aziz Abdul Razak, Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh, barisan Ketua dan Timbalan Pengarah agensi di bawah KDN.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 2 people, lighting, table and wedding

May be an image of 6 people and dais

May be an image of ‎7 people, dais and ‎text that says '‎DATUK ع Majlis 4apan NILAI-NILA MUENT PsamaYang sama Yang Yanararhong arhong SAIFUDDIN TION

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 1 person, monument, temple and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text May be an image of 4 people, headscarf and text
ArtikelDiterbitkan 09 Mar 2025 4.19 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.54 PM