
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024
Putrajaya, 15 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 20...
Putrajaya, 15 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.
Majlis yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi itu telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, ‘Negaraku’, disusuli dengan ucapan oleh Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia (juga mewakili Pertubuhan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak), Puan Karen Cheah Yee Lynn, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Majlis yang diadakan setiap tahun sejak tahun 2009 itu menghimpunkan para hakim, pegawai dan pengamal undang-undang di seluruh Malaysia.
Jurugambar: PDRM RMP TV





