Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024

Diterbitkan: 15 Jan 2024 10.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 15 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-pembukaan-tahun-perundangan-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:38 MYT

Putrajaya, 15 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.

Majlis yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi itu telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, ‘Negaraku’, disusuli dengan ucapan oleh Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia (juga mewakili Pertubuhan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak), Puan Karen Cheah Yee Lynn, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Majlis yang diadakan setiap tahun sejak tahun 2009 itu menghimpunkan para hakim, pegawai dan pengamal undang-undang di seluruh Malaysia.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid dan Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Hj. Abdul Aziz.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person, dais and text that says 'PEMBUKAAN TAHUN PERUNDANGAN YEAR 2024 PEING OF LEGAL 024'

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 8 people























ArtikelDiterbitkan 15 Jan 2024 10.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM