Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Pembukaan Mthqa Ke 63 Di Wtckl

Diterbitkan: 20 Aug 2023 1.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 20 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi jemputan ke Pembukaan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 1445 Hijrah/2023 Masihi yang diadakan di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), di sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-pembukaan-mthqa-ke-63-di-wtckl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:45 MYT

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi jemputan ke Pembukaan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 1445 Hijrah/2023 Masihi yang diadakan di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), di sini malam tadi.

Perasmian majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan akan berlangsung selama enam hari bermula 19 hingga 24 Ogos depan.

Bagi penganjuran MTHQA kali ini, Kerajaan telah memilih tema “Perpaduan Teras Malaysia Madani” yang sangat signifikan dengan masyarakat negara ini iaitu mengutamakan kerukunan dan kesepakatan dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Secara keseluruhannya, seramai 72 peserta dari 52 buah negara termasuk Malaysia mengambil bahagian, dengan masing-masing 36 peserta bagi setiap kategori Tilawah dan Hafazan Al-Quran. Daripada jumlah itu, empat peserta dari Kenya, Iraq, Turkiye dan Afrika Selatan telah memperdengarkan bacaan Al-Quran mereka pada malam pembukaan tadi.

Selain menyaksikan MTHQA ke-63 secara percuma di WTCKL, orang ramai juga boleh menonton atau mendengar secara langsung melalui saluran RTM1, Media Sosial Rasmi JAKIM, Radio IKIM dan Radio Nasional FM.

Antara yang hadir dalam majlis pembukaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Moktar, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hjh. Hakimah Mohd Yusoff, para perwakilan asing dan rakan media.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person, violin and text

May be an image of 1 person, dais and text that says '@HAK MILIK PDRM'

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 1 person

May be an image of 8 people

May be an image of 5 people, dais and text


ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2023 1.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM