
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Majlis Berbuka Puasa Di Parlimen
Kuala Lumpur, 6 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Dew...
Kuala Lumpur, 6 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, petang semalam.
Majlis yang dihadiri Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut disertai oleh Timbalan PM I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan PM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Yusof.
Sementara menunggu azan Maghrib berkumandang, Dato’ Sri Ayob Khan bersama tetamu kehormat telah mendengar tazkirah ringkas bertajuk “Fungsi-fungsi dan Penghayatan al-Quran di bulan Ramadan” yang disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Mohamad Nadzri Mustakim.
Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' (Dr.)Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, barisan jemaah menteri, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman.