
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Polis Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 15 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluar...
Kuala Lumpur, 15 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin hadir menyerikan Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini malam tadi.
Seraya menunggu masuk waktu berbuka, Dato' Sri Ayob Khan bersama para tetamu mendengar sesi takzirah ringkas bertajuk 'Muhasabah Ramadhan' yang disampaikan oleh Ustaz Omar Muhammad Roslan dari JIPS, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Seusai berbuka puasa, Dato' Sri Ayob Khan kemudiannya menunaikan solat Maghrib dan solat sunat Tarawih berjemaah.
Hadir sama, Ketua-ketua Jabatan IPK Kuala Lumpur, Ketua-ketua Polis Daerah, Ahli-ahli PERKEP dan warga Kontinjen Kuala Lumpur.