Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Polis Kuala Lumpur

Published: 16 Mar 2024 1.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 15 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin hadir menyerikan Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-berbuka-puasa-bersama-warga-polis-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:54 MYT
Kuala Lumpur, 15 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin hadir menyerikan Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini malam tadi.

Ketibaan Dato' Sri Ayob Khan sekitar jam 7.00 malam telah disambut oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad bersama Ketua Polis negeri, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid.
Seraya menunggu masuk waktu berbuka, Dato' Sri Ayob Khan bersama para tetamu mendengar sesi takzirah ringkas bertajuk 'Muhasabah Ramadhan' yang disampaikan oleh Ustaz Omar Muhammad Roslan dari JIPS, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Seusai berbuka puasa, Dato' Sri Ayob Khan kemudiannya menunaikan solat Maghrib dan solat sunat Tarawih berjemaah.

Hadir sama, Ketua-ketua Jabatan IPK Kuala Lumpur, Ketua-ketua Polis Daerah, Ahli-ahli PERKEP dan warga Kontinjen Kuala Lumpur.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArticlePublished 16 Mar 2024 1.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM