Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Pm

Diterbitkan: 24 Feb 2026 3.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 24 Februari 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir mewakili Ketua Polis Negara dalam Majlis Berbuka Puasa MADANI Kementerian Luar Negeri Bersama Perdana Menteri (PM) di Wisma Putra, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-berbuka-puasa-bersama-pm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:27 MYT
Putrajaya, 24 Februari 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir mewakili Ketua Polis Negara dalam Majlis Berbuka Puasa MADANI Kementerian Luar Negeri Bersama Perdana Menteri (PM) di Wisma Putra, di sini, malam tadi.

Dalam majlis tersebut turut diadakan pelancaran Pelan Strategik Kementerian Luar Negeri 2026–2030 yang disempurnakan oleh PM, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan diiringi Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan Pelan strategik berkenaan memfokuskan usaha memperkukuh diplomasi dua hala dan pelbagai hala Malaysia. Ia juga bakal mengangkat peranan proaktif Malaysia dalam ASEAN, memelihara kedaulatan maritim, memperkasa perkhidmatan awam dan institusi serta memperteguh kewajipan Malaysia di bawah Konvensyen Senjata Kimia.

Seusai pelancaran, majlis diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat fardu Maghrib secara berjemaah. DIG Tan Sri Ayob Khan berkesempatan beramah mesra bersama barisan kepimpinan kerajaan dan tetamu kehormat dalam suasana penuh semangat ukhuwah dan penghayatan nilai murni bulan Ramadan.

Hadir sama memeriahkan majlis adalah Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Sri Amran Mohamad Zin dan para pegawai kanan diplomat asing.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
 
ArtikelDiterbitkan 24 Feb 2026 3.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM