Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Majlis Bacaan Yasin Tahlil Dan Doa Selamat Hut Utk Ke 49

Published: 01 Jan 2024 12.41 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 1 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Unit Tindakhas (UTK) ke-49, di Masjid Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-bacaan-yasin-tahlil-dan-doa-selamat-hut-utk-ke-49
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:23 MYT
Kuala Lumpur, 1 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Unit Tindakhas (UTK) ke-49, di Masjid Bukit Aman, di sini.

Kehadiran beliau bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin sekitar jam 12.30 petang disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali bersama isteri, merangkap Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid serta Komander UTK, SAC Ahmad Jefferi Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur sebelum dibawa masuk ke Dewan Utama Masjid Bukit Aman.

Majlis dimulai dengan bacaan yasin diikuti tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Bahagian Agama & Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman yang juga Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Muhammad Fahrurradzi Sahibul Ghani.

Turut diadakan ialah penyerahan sumbangan kebajikan kepada anak-anak istimewa dan cemerlang warga UTK serta penyerahan sumbangan ‘Back To School’.
Hadir sama, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, DCP Dato’ Khairi Khairudin, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan) Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan (KDNKA), Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan warga UTK.

Jurugambar: PDRM RMPTV

 
ArticlePublished 01 Jan 2024 12.41 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM