Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Ke Program Townhall Working Together To Enhance Child Protection

Published: 28 Nov 2023 12.04 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 28 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke sesi Program Townhall "Working Together to Enhance Child Protection" di Auditorium, HELP University, Wisma CL, Damansara Heights, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-ke-program-townhall-working-together-to-enhance-child-protection
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT
Kuala Lumpur, 28 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke sesi Program Townhall "Working Together to Enhance Child Protection" di Auditorium, HELP University, Wisma CL, Damansara Heights, di sini, petang tadi.

Program anjuran Yayasan Chow Kit itu turut menampilkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan selaku panel jemputan yang membicarakan mengenai keselamatan kanak-kanak dari kaca mata Polis Diraja Malaysia.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri sebagai jemputan utama.

Penganjuran program ini adalah hasil daripada kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai keselamatan kanak-kanak di Malaysia.

Turut hadir, Pengasas Bersama Yayasan Chow Kit, Dato' Dr. Hartini Zainudin, Ketua Pegawai Eksekutif HELP University, Dr. Goh Chee Leong dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, Encik Mohd Ali Taib.

Jurugambar: PDRM RMP TV.

 
ArticlePublished 28 Nov 2023 12.04 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM