
Article
Timbalan Kpn Hadir Ke Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Keselamatan Negara Kepengerusian Asean 2025
Kuala Lumpur, 7 Mei 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Penutupan Latih Amal Keselamatan K...
Kuala Lumpur, 7 Mei 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Penutupan Latih Amal Keselamatan Kepengerusian ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan.
Program anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu bertujuan bagi memastikan kesiapsiagaan agensi-agensi keselamatan negara berada pada tahap tertinggi dalam menghadapi sebarang kemungkinan krisis terutama sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini.
Ia akan menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota blok bagi membincangkan isu serantau dan memupuk kerjasama ekonomi selain memperjuangkan prinsip keterangkuman serta kemampanan.
Antara objektif utama latih amal yang dianjurkan adalah memperkukuh pemahaman konsep keselamatan menyeluruh, mengerat kerjasama di antara entiti kerajaan, bukan kerajaan dan komuniti serta memperkukuh daya tahan negara berhadapan situasi keselamatan juga keganasan.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), MKN, CP Dato' Hj. Baharuddin Hj. Ahmad, Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP M.V Srikumar Madhavan Nair, Ketua Polis Kuala Lumpur (KL), CP Dato' Rusdi Mohd Isa, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Dato' Ir. Ts. Ahmad Izram Osman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, TPj. (PA) Abdul Wahab Hj. Rahim dan ketua-ketua jabatan serta agensi keselamatan negara.