Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Jemputan Panel Seminar Antirasuah Koperasi Tahun 2023

Diterbitkan: 10 Dec 2023 8.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kajang, 10 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini diundang sebagai salah seorang ahli panel dalam Seminar Antirasuah Koperasi Tahun 2023 anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-jemputan-panel-seminar-antirasuah-koperasi-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:04 MYT
Kajang, 10 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini diundang sebagai salah seorang ahli panel dalam Seminar Antirasuah Koperasi Tahun 2023 anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, di sini, pagi tadi.

Beliau yang diberi penghormatan selaku pembentang ketiga dalam seminar berkenaan telah mengupas tajuk “Pembudayaan Integriti Membentuk Insani”, dengan dikendalikan oleh Timbalan Presiden Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Hj. Mohd Azlan Yahya selaku moderator.

Antara intipati pembentangan Dato' Sri Ayob tadi ialah kepentingan membudayakan nilai-nilai integriti dalam kehidupan seharian untuk melahirkan lebih ramai insan yang bersahsiah tinggi dan hebat dalam spiritualnya kepada Yang Maha Esa.

Menurut beliau lagi, masyarakat yang mempunyai nilai integriti tinggi dapat memacu ke arah pembangunan negara lebih maju dan berdaya produktif.

Seusai pembentangan oleh Dato' Sri Ayob Khan, forum tadi diteruskan dengan bicara ilmiah bertajuk "Ke Arah Kecemerlangan Integriti dan Tadbir Urus Koperasi" yang telah disampaikan oleh dua orang ahli panel lain iaitu Naib Ketua Pegawai Eksekutif Dasar dan Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tuan Hj. Azam Sulaiman bersama Pengerusi Koperasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Hadir sama, Anggota Lembaga ANGKASA dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Hjh. Sharifah Aminah Syed Mohssain.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 5 people

May be an image of 3 people

May be an image of 6 people, newsroom, the Oval Office, dais and text

May be an image of 2 people, the Oval Office and text that says '@HAK DRM'

May be an image of 7 people and dais
ArtikelDiterbitkan 10 Dec 2023 8.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM