Artikel
Timbalan Kpn Hadir Hari Kedua Mesyuarat Perancangan Strategik Kdn
Kepala Batas, 23 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir pada hari kedua Mesyuarat Perancangan...
Kepala Batas, 23 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir pada hari kedua Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 1/2025 yang berlangsung dekat Dewan Agadir, Bertam Resort and Water Park, di sini, petang tadi.
Mesyuarat tadi telah dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi KDN, jabatan serta agensi di bawahnya.
Dalam mesyuarat tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah membuat pembentangan "Key Performance Indicator" Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik KDN bagi tahun 2025.
Terdahulu di sebelah pagi, Dato' Sri Ayob Khan turut mendengar pembentangan teras tiga dan empat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman.
Secara keseluruhan, mesyuarat hari ini memberi tumpuan kepada hala tuju dan strategi dalam usaha memperkasakan capaian sasaran yang ditetapkan kementerian.
Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, KSU KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Hj. Makhzan Mahyuddin, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin, SAC Dasar Strategik, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, SAC Abdul Rahman Kassim.