
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Forum Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Agama Anjuran Mcpf Selangor
Hulu Selangor, 26 Julai 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang semalam menghadiri Forum Pencegahan Jen...
Hulu Selangor, 26 Julai 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang semalam menghadiri Forum Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Agama yang berlangsung di Masjid Bandar Utama, Batang Kali, di sini.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan dan Timbalan KP Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam.
Forum yang mengupas tajuk ‘Jenayah Tidak Mengenal Warna Kulit’ itu disertai beberapa ahli panel yang pakar dalam bidang masing-masing. Mereka terdiri daripada Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Dato’ Sri Ayub Yaakob, Pegawai Hal Ehwal Islam Jakim Darul Quran Kuala Kubu Bharu, Ustaz Zulkifli Makhtar, Pakar Komunikasi, Encik Bala Supramanian Appalasamy serta Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kriminologi dan Koreksional Malaysia, Encik Lim Yeong Yeong.
Manakala moderator yang diamanahkan untuk mengelola forum anjuran MCPF Selangor tadi pula ialah Ketua Unit Pengurusan Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Ustaz Zulhairi Jaid.
Seusai forum, Dato’ Sri Ayob Khan turut diberi penghormatan untuk merasmikan acara penutupan forum sebelum menyampaikan sijil penghargaan serta cederahati kepada ahli-ahli panel.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim dan barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.