Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Ceramah Tokoh Ilmuwan Madani Sempena Mengenang Jasa Allahyarham Profesor Dato Dr Muhammad Nur Manuty

Diterbitkan: 15 Aug 2025 3.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Selama, 15 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Program Ceramah Tokoh Ilmuwan MADANI “Dari Jelai ke Philadelphia” sempena mengenang jasa Allahyarham Profesor Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty yang diadakan di Masjid Al Kahfi, Kampung Jelai, Batu Kurau, Perak, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-ceramah-tokoh-ilmuwan-madani-sempena-mengenang-jasa-allahyarham-profesor-dato-dr-muhammad-nur-manuty
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:20 MYT
Selama, 15 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Program Ceramah Tokoh Ilmuwan MADANI “Dari Jelai ke Philadelphia” sempena mengenang jasa Allahyarham Profesor Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty yang diadakan di Masjid Al Kahfi, Kampung Jelai, Batu Kurau, Perak, di sini, malam tadi.

Allahyarham yang meninggal dunia pada 26 Jun lalu merupakan tokoh akademik, pemikir Islam, bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia serta pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam institusi pendidikan dan badan dakwah di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Program anjuran bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Perak dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu bertujuan mengimbau sumbangan besar beliau dalam memartabatkan dakwah, memperkasa pendidikan dan wacana keilmuan di negara ini.

Ceramah telah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Syura Negeri Perak, al-Fadhil Ustaz Mohamd Tarmizi Abdul Hamid yang mengupas perjalanan hidup Allahyarham daripada kampung halamannya di Jelai, Batu Kurau sehingga ke pentas antarabangsa di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Tan Sri Ayob Khan turut berpeluang beramah mesra bersama penceramah, tetamu kehormat serta para hadirin sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Profesor Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Pengerusi WADAH Negeri Perak, Tuan Hj. Mohamad Nasir Kamaruddin, Pengarah YADIM Negeri Perak, Encik Ramdani Abdul Karim, Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Hj. Samah, tokoh akademik, pegawai kanan kerajaan dan penduduk setempat yang memenuhi ruang masjid.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people, headscarf and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 13 people, headscarf and dais
ArtikelDiterbitkan 15 Aug 2025 3.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM