Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir 35th Sultan Azlan Shah Law Lecture

Published: 15 Dec 2025 2.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 11 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri 35th Sultan Azlan Shah Law Lecture yang berlangsung di The St. Regis Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-35th-sultan-azlan-shah-law-lecture
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:48 MYT

Kuala Lumpur, 11 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri 35th Sultan Azlan Shah Law Lecture yang berlangsung di The St. Regis Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Magfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Siri Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah telah menjadi salah satu acara paling berprestij dalam kalendar perundangan Malaysia selama lebih tiga dekad sejak 1986, kembali dianjurkan tahun ini dengan kerjasama Yayasan Sultan Azlan Shah dan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya.

Program ini bertujuan menggalakkan perbincangan ilmiah mengenai isu-isu perundangan semasa dan memperkukuh kefahaman tentang undang-undang antarabangsa dalam kalangan warga akademik, pengamal undang-undang dan agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Syarahan pada edisi kali ini disampaikan oleh pakar perundangan dunia iaitu Master of Magdalene College, Cambridge dan bekas Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Sir Christopher Greenwood yang bertajuk "Can International Law Make a Difference in Time of War?".

Kehadiran Tan Sri Ayob Khan sebagai tetamu kehormat bagi mewakili Pasukan, mencerminkan komitmen PDRM terhadap pembangunan wacana undang-undang, khususnya dalam konteks keselamatan dan hubungan antarabangsa.

Turut hadir, barisan Menteri Kabinet, Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Rusdi Mohd Isa, Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, KP Perak, CP Dato’ Noor Hisam Nordin dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Marzuki Mohd Mokhtar.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text that says 'PORM'

May be an image of dais and text


ArticlePublished 15 Dec 2025 2.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM