
Artikel
Timbalan Kpn Dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia Ziarah Isteri Anggota Pengiring Terlibat Kemalangan Jalan Raya
Seremban, 31 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan ziarah kebajikan ke atas isteri kepada Kop...
Seremban, 31 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan ziarah kebajikan ke atas isteri kepada Koperal Lukman Samsuddin, anggota pengiring bermotosikal beliau yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam di Hospital Seremban, di sini, tengah hari tadi.
Kemalangan tersebut melibatkan Puan Nur Fazira Zainal Abidin berusia 38 tahun dan anaknya Adam Raikal Lukman, 7 tahun yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Kedua-duanya sedang menerima rawatan di Hospital Seremban dan berada dalam keadaan stabil.
Dalam kunjungan tersebut, Tan Sri Ayob Khan telah menyampaikan sumbangan dan memberikan kata-kata semangat serta mendoakan keafiatan serta kesembuhan buat ahli keluarga anggota berkenaan.
Turut hadir dalam lawatan yang diadakan ialah Timbalan KPD Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid serta pegawai-pegawai kanan dari Kontinjen Negeri Sembilan.