Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia Ziarah Isteri Anggota Pengiring Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Diterbitkan: 31 Jul 2025 11.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seremban, 31 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan ziarah kebajikan ke atas isteri kepada Koperal Lukman Samsuddin, anggota pengiring bermotosikal beliau yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam di Hospital Seremban, di sini, tengah hari tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-dan-naib-pengerusi-perkep-malaysia-ziarah-isteri-anggota-pengiring-terlibat-kemalangan-jalan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:15 MYT
 
Seremban, 31 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan ziarah kebajikan ke atas isteri kepada Koperal Lukman Samsuddin, anggota pengiring bermotosikal beliau yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam di Hospital Seremban, di sini, tengah hari tadi.

Ketibaan Tan Sri Ayob Khan yang diiringi isteri, Puan Sri Dato’ Zalena Ariffin merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah disambut oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim.

Kemalangan tersebut melibatkan Puan Nur Fazira Zainal Abidin berusia 38 tahun dan anaknya Adam Raikal Lukman, 7 tahun yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Kedua-duanya sedang menerima rawatan di Hospital Seremban dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam kunjungan tersebut, Tan Sri Ayob Khan telah menyampaikan sumbangan dan memberikan kata-kata semangat serta mendoakan keafiatan serta kesembuhan buat ahli keluarga anggota berkenaan.

Turut hadir dalam lawatan yang diadakan ialah Timbalan KPD Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid serta pegawai-pegawai kanan dari Kontinjen Negeri Sembilan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people, headscarf and hospital

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people, dais, hospital and text that says 'E MILTKPDRM PDRM'

May be an image of 5 people

ArtikelDiterbitkan 31 Jul 2025 11.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM