Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Dan Isteri Santuni Anak Yatim Pdrm Kontinjen Kuala Lumpur Dan Selangor

Published: 18 Jan 2024 2.25 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 18 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin meneruskan aktiviti menyantuni anak yatim dan anak yatim piatu warga Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Selangor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-dan-isteri-santuni-anak-yatim-pdrm-kontinjen-kuala-lumpur-dan-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:22 MYT
Kuala Lumpur, 18 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin meneruskan aktiviti menyantuni anak yatim dan anak yatim piatu warga Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Selangor.

Dalam majlis yang bermula sekitar jam 9.00 pagi yang diadakan di Dewan Sri Satria, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur (Perkep KL), Datin Dr. Kamariah Omar.

Sumbangan berupa wang tunai dan bantuan daripada Voucher Mykasih Foundation telah disampaikan kepada 22 anak yatim dan anak yatim piatu daripada sembilan buah keluarga warga Polis Kuala Lumpur.

Mereka kemudiannya meneruskan program kebajikan tersebut ke Kontinjen Selangor bertempat di Auditorium Menara 1, IPK Selangor.

Seramai 66 anak yatim dan anak yatim piatu daripada 22 buah keluarga telah disantuni oleh Timbalan KPN dan isteri yang turut dihadiri oleh KP Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Liliyana Haryanti Dato' Mohd Harunizam.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArticlePublished 18 Jan 2024 2.25 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM