
Article
Timbalan Kpn Dan Isteri Sampaikan Sumbangan Kepada Anak Anak Yatim Kontinjen Perak
Ipoh, 22 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Kel...
Ipoh, 22 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin menyantuni anak-anak yatim serta yatim piatu warga Polis Kontinjen Perak, hari ini.
Terdahulu, ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bersama isteri, disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dan timbalannya, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris.
Hadir sama dalam majlis tadi ialah Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak, Datin Wanita Wari, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Perak.
Jurugambar: PDRM RMP TV