Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Dan Isteri Sampaikan Sumbangan Kepada Anak Anak Yatim Kontinjen Perak

Diterbitkan: 22 Jan 2024 2.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 22 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin menyantuni anak-anak yatim serta yatim piatu warga Polis Kontinjen Perak, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-dan-isteri-sampaikan-sumbangan-kepada-anak-anak-yatim-kontinjen-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:16 MYT
Ipoh, 22 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin menyantuni anak-anak yatim serta yatim piatu warga Polis Kontinjen Perak, hari ini.
Dalam majlis tersebut, Dato' Sri Ayob Khan bersama isteri telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan bantuan daripada Voucher Mykasih Foundation kepada 17 anak yatim dan anak yatim piatu daripada enam buah keluarga.

Terdahulu, ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bersama isteri, disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dan timbalannya, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris.

Hadir sama dalam majlis tadi ialah Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak, Datin Wanita Wari, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Perak.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArtikelDiterbitkan 22 Jan 2024 2.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM