
Artikel
Timbalan Kpn Bersama Mdn Mulakan Lawatan Kerja Ke Pagalungan
Keningau, 15 Julai 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi memulakan lawatan kerja bagi mengiringi Menteri Da...
Keningau, 15 Julai 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi memulakan lawatan kerja bagi mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Sri Hamzah Zainudin ke daerah kecil Pagalungan di sini.
Lawatan rasmi tersebut dimulakan dengan tinjauan dari udara ke lokasi tapak Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Pagalungan menggunakan helikopter AW139 9M-PMF milik PGU Pangkalan Sabah.
Rombongan seterusnya dibawa melawat ke Pos Kawalan Imigresen dan Pondok Polis Pagalungan untuk mendengar taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Kasim.
Program turut diserikan dengan sesi penyerahan Dokumen Pas Menyeberang Sempadan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Dokumen Pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia oleh MDN kepada penduduk tempatan yang diluluskan permohonan mereka.
Seusai majlis, MDN berbesar hati meraikan para pelajar sekolah dan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berkhidmat di daerah kecil tersebut.
Hadir sama, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury, Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Jauteh Dikun, Pegawai Daerah Nabawan, Encik Neldin Ginbang dan Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin