
Artikel
Timbalan Kpn Bersama Isteri Ziarah Anggota Balai Polis Pudu Cedera Ditikam
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan K...
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Zalena Ariffin meluangkan masa menziarahi anggota polis yang cedera ditikam ketika bertugas di Pasar Pudu, Jalan Yew Pudu pada 31 Julai lalu, pagi tadi.
Koperal Mohd Nadzri Sudiman yang bertugas di Balai Polis Pudu, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan insentif di Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia sejurus selesai menjalani pembedahan.
Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Ayob Khan turut menyampaikan sumbangan serta menzahirkan sokongan moral kepada Koperal Mohd Nadzri dan ahli keluarganya sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga pasukan yang terlibat dalam insiden semasa menjalankan tugas.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Mohamed Usuf Jan Mohamad bersama isteri merangkap Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur, Datin Ain Robieah Shamsudin, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail dan Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Aidil Bolhassan.