
Artikel
Timbalan Kpn Bersama Isteri Teruskan Program Sumbangan Kebajikan Di Kontinjen Pantai Timur
Kuantan, 25 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan...
Kuantan, 25 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hari ini meneruskan program penyampaian sumbangan kebajikan ke kontinjen pantai timur dengan menyantuni anak-anak yatim serta balu warga Polis Kontinjen Pahang.
Kehadiran beliau dan isteri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Noor Hisam Nordin bersama isteri yang juga Naib Pengerusi PERKEP Pahang, Datin Noormawati Abdul Latip.
Dalam majlis tadi, seramai 30 anak yatim daripada 10 buah keluarga dan 10 orang balu menerima sumbangan berupa wang tunai dan bantuan daripada Voucher MyKasih Foundation.
Turut hadir dalam majlis tadi ialah barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pahang.