Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Bersama Isteri Adakan Ziarah Kebajikan Pegawai Kanan Polis Di Ppum

Published: 13 Oct 2023 8.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 13 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin mengadakan ziarah kebajikan terhadap seorang pegawai kanan polis di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-bersama-isteri-adakan-ziarah-kebajikan-pegawai-kanan-polis-di-ppum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:42 MYT
Kuala Lumpur, 13 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin mengadakan ziarah kebajikan terhadap seorang pegawai kanan polis di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), di sini pagi tadi.

Dato’ Sri Ayob Khan bersama Datin Sri Dato’ Zalena menziarahi Superintendan Hamzah Harun yang bertugas di Bahagian E1, Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman selepas beliau menjalani pembedahan pada kaki akibat terjatuh pada 29 September lalu.

Pesakit yang turut ditemani isteri dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih dipantau rapi oleh doktor yang bertugas.

Hadir sama, para pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia.

Mungkin imej 5 orang, hospital dan dais

Mungkin imej 2 orang, hospital dan teks

Mungkin imej 4 orang, dais, hospital dan teks

Mungkin imej 3 orang, hospital, dais dan teks

Mungkin imej 5 orang, hospital dan teks

Mungkin imej 4 orang, dais dan hospital

Mungkin imej 4 orang, hospital dan dais

Mungkin imej 3 orang, hospital dan teks


ArticlePublished 13 Oct 2023 8.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM