
Artikel
Timbalan Kpn Adakan Pertemuan Bilateral Dengan Deputy Commissioner Of Knpa
Seoul, 28 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan pertemuan dua hala atau bilateral dengan...
Seoul, 28 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan pertemuan dua hala atau bilateral dengan Deputy Commissioner of Korean National Police Agency (KNPA), Mr. Lee Hoyoung bertempat di Shilla Conference Room 2, Hotel Dragon City, Yongsun, di sini, semalam.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah Director for International Cooperation Division of KNPA, Mr. Park Jeoung Won, Chief of Economic Crime Investigation Division of KNPA, Mr. Kim Hyun Soo dan Chief of Drug and Organization Crime Investigation Division of KNPA, Mr. Lee Seong Hoon.
Pertemuan tersebut bertujuan meningkatkan jalinan kerjasama antara kedua-dua buah negara dalam mengukuhkan keupayaan pasukan polis seperti penyertaan di dalam International Senior Police Officer’s Command Course yang diadakan di Malaysia.
Antara perkara lain yang dibincangkan adalah mengenai memperkukuhkan kerjasama kedua-dua pasukan keselamatan dalam aspek penyiasatan berkaitan jenayah dadah dan strategi berkesan bagi memerangi jenayah penipuan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Mohd Asmadi Yusoff dan Penolong Pengarah Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Wong Pooi Lin.