
Article
Timbalan Kpn Adakan Perjumpaan Bersama Ahli Pppnj
Johor Bahru, 29 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan perjumpaan bersama ahli Pe...
Johor Bahru, 29 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan perjumpaan bersama ahli Persatuan Pesara Polis Negeri Johor (PPPNJ) di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini.
Terdahulu, ketibaan beliau di perkarangan IPK Johor sekitar jam 10.00 pagi telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis negeri, DCP Afandi Senin bersama Presiden PPPNJ, Tuan Hj. Khadmudin Hj. Mohamed Rafik.
Hadir sama, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Johor serta ahli PPPNJ.