
Article
Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Tasik Kenyir
Hulu Terengganu, 24 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini tiba di Kontinjen Terengganu bagi...
Hulu Terengganu, 24 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini tiba di Kontinjen Terengganu bagi mengadakan lawatan kerja ke Stesen Janakuasa Sultan Mahmud dan Pulau Herba, Tasik Kenyir, di sini, pagi tadi.
Beliau yang tiba di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai diringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah disambut oleh Ketua Polis negeri, DCP Datuk Mazli Mazlan.
Program pagi tadi dimulakan dengan tinjauan ke tapak Empangan Tasik Kenyir bagi melihat perkembangan kerja-kerja pembaikan yang telah dan sedang dilaksanakan akibat tanah runtuh sebelum Dato' Sri Ayob Khan bersama rombongan membuat pemeriksaan keselamatan di sekitar tasik menggunakan bot.
Dato' Sri Ayob Khan turut diberi penghormatan untuk menanam anak pokok di Pulau Herba sebagai simbolik lawatan kerja beliau di sana sambil disaksikan oleh Pegawai Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Encik Ahmad Azman Abu Bakar.
Hadir sama, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara, DCP Dato’ Khairi Khairudin, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Terengganu, Superintendan Hasmerra Hassan, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Terengganu (TNB) Terengganu, Ir. Mohammad Mohyddin Mohamed Nor, Ketua Operasi dan Penyelenggaraan Aset TNB, Tuan Hj. Mohammad Zahir Ismail dan pegawai kanan PDRM serta pegawai TNB.
Jurugambar: RMP TV PDRM









