
Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Pejabat Esscom
Lahad Datu, 20 November 2019 - Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor meneruskan rangka lawatan kerja beliau dengan mengunjungi Pejabat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di sini, pagi tadi.
Kunjungan beliau disambut oleh Komander ESSCOM, DCP Dato' Hazani Ghazali sebelum diiring ke bilik taklimat bagi mendengar isu-isu berkaitan prosedur tugas, keperluan dan kebajikan para pegawai dan anggota yang bertugas menjaga keselamatan perairan Sabah.
Turut sama dalam lawatan tadi ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Haji Abdullah Sani dan Pengarah Pengurusan, Bukit Aman, CP Dato' Abd Rahim Jaafar serta para pegawai kanan ESSCOM.
https://www.facebook.com/esscomsabah/posts/479219496056938?__tn__=H-R