Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Kontinjen Kl 04122025

Diterbitkan: 04 Dec 2025 7.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 4 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kontinjen Kuala Lumpur bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (KL), di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-kontinjen-kl-04122025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:08 MYT
Kuala Lumpur, 4 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kontinjen Kuala Lumpur (KL) bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) KL, di sini.
 
Kehadiran beliau telah disambut Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, bersama timbalannya DCP Dato’ Mohd Azani Omar sebelum dibawa ke pejabat KP bagi sesi kunjungan hormat.

Seusai sesi berkenaan, Tan Sri Ayob Khan meneruskan program lawatan di Mes Pegawai Kanan IPK KL bagi sesi taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Cawangan Khas (Risikan dan Operasi) Kontinjen KL, ACP Kamaruzaman Md Alib dan kemudiannya disusuli amanat oleh Tan Sri Ayob Khan kepada mereka yang hadir.

Program turut diisi dengan sesi soal jawab ringkas, sebelum diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama warga kerja Cawangan Khas Kontinjen KL.

Lawatan kerja ini bertujuan memperkukuhkan kesiapsiagaan Cawangan Khas sekali gus meningkatkan kecekapan operasi risikan di peringkat kontinjen, demi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Turut hadir, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen KL, SAC Wong Ing Fung dan para pegawai kanan kontinjen KL.

Sumber: PDRM RMPTV

 
 
ArtikelDiterbitkan 04 Dec 2025 7.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM