Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Jsjn Sempena Mesyuarat Ketua Jsjn Se Malaysia

Published: 12 May 2026 12.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 11 Mei 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sempena Mesyuarat Ketua JSJN Se-Malaysia yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Narkotik, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-jsjn-sempena-mesyuarat-ketua-jsjn-se-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:23 MYT
Kuala Lumpur, 11 Mei 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sempena Mesyuarat Ketua JSJN Se-Malaysia yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Narkotik, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah JSJN, CP Dato’ Hussein Omar Khan sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.

Dalam ucapan beliau, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa warga JSJN perlu terus memperkukuhkan integriti serta menjauhi sebarang salah laku termasuk rasuah dan pengkhianatan dalam pasukan yang boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia serta keselamatan negara.

Selain itu, beliau turut menegaskan tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam salah laku tanpa mengira pangkat, jawatan atau pengaruh.

Tambahnya lagi, para penyelia perlu menjadi contoh terbaik kepada anggota bawahan selain memainkan peranan penting dalam aspek pemantauan, penyeliaan dan menjaga kebajikan agar JSJN terus kekal berintegriti, profesional serta diyakini masyarakat.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali serta Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, SAC Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of ‎text that says '‎MAEA Lawatan Reja YDH DIG TAN SRI AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY TA BAL KET'A POUISN NESARA S SEOPENA SE ENA ה

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text that says 'OP BACAAN BACAANDOA DOA BACAAN BACAANDOA DOA AUE ATE PREMIER'


ArticlePublished 12 May 2026 12.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM