Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Hep Bakun

Published: 04 Nov 2024 1.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Belaga, 4 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay melawat ke Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun di sini, semalam pada hari terakhir lawatan kerja rasmi beliau ke negeri Sarawak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-hep-bakun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:26 MYT
Belaga, 4 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay melawat ke Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun di sini, semalam pada hari terakhir lawatan kerja rasmi beliau ke negeri Sarawak.

Ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan bersama delegasi di stesen jana kuasa elektrik itu telah disambut Timbalan Presiden Syarikat Sarawak Energy Berhad, Encik Jonny Wong Kwei Ji, sebelum diberi taklimat oleh pihak pengurusan berkaitan dengan projek HEP.

HEP merupakan projek yang boleh menjana 2,400 megawatt bekalan elektrik. Ia adalah empangan konkrit kedua terbesar di dunia yang terletak di Sungai Balui di hulu lembangan Sungai Rejang.

Dalam lawatan tersebut, Dato' Sri Ayob Khan dibawa meninjau secara dekat pengoperasian stesen jana kuasa itu yang menyumbang tenaga elektrik di Sarawak, termasuk keperluan fasiliti Polis Diraja Malaysia.

Sesi lawatan yang berlangsung kira-kira dua jam itu turut disusuli dengan ucapan oleh Dato’ Sri Ayob Khan, sebelum majlis penyampaian cenderahati antara beliau dengan Encik Johnny Wong sebagai tanda kenangan.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Shaiful Azmi Hussein, Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang dan Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Jimbai Anak Bala.

Jurugambar: Polis Sarawak

May be an image of 4 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 5 people and the Panama Canal

May be an image of 3 people and text

May be an image of 18 people and text
ArticlePublished 04 Nov 2024 1.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM