Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kebajikan Dengan Menyantuni Pesara Polis Kontinjen Sarawak

Published: 10 Oct 2024 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuching, 9 Oktober 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan dengan menyantuni pesara polis Kontinjen Sarawak sebagai tanda penghargaan Pasukan atas khidmat bakti pesara-pesara polis yang mengorbankan seluruh jiwa raga suatu ketika dahulu, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-adakan-lawatan-kebajikan-dengan-menyantuni-pesara-polis-kontinjen-sarawak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:44 MYT

Kuching, 9 Oktober 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan dengan menyantuni pesara polis Kontinjen Sarawak sebagai tanda penghargaan Pasukan atas khidmat bakti pesara-pesara polis yang mengorbankan seluruh jiwa raga suatu ketika dahulu, di sini, hari ini.

Dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Kontinjen Sarawak selama tiga hari itu, beliau turut diiringi Pesuruhjaya Polis negeri, CP Dato Mancha Ata.

Lawatan kebajikan tadi dimulakan ke atas pesara Sub Inspektor Saibi Saam, 77 tahun yang merupakan bekas anggota Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pesara Koperal Erat Jamiee, 70 tahun, telah menamatkan persaraan di Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu di kediaman masing-masing di Kuching, Sarawak. Kedua-dua mereka menderita sakit lumpuh.

Dato’ Sri Ayob Khan kemudiannya meneruskan lawatan ke daerah Padawan dengan menyantuni tiga pesara lain iaitu pesara Sub Inspektor Morshidi Sumar, 73 tahun yang merupakan bekas anggota Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri dan pesara Sarjan Junaidi Leng Abdullah, 79 tahun yang telah menabur khidmat bakti pada tahun 1994 dalam Pasukan Polis Hutan, Kuching.

Dalam siri lawatan tersebut, Dato’ Sri Ayob Khan turut memberikan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada pesara Lans Koperal William Latil Saban, 73 tahun yang kini terlantar akibat sakit saraf dan pernah berkhidmat di Briged Sarawak PGA.

Turut hadir bersama dalam kunjungan tadi ialah Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek, Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dan KPD Padawan, Superintenden Irwan Hafiz Md Radzi.

Jurugambar: Polis Sarawak

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people, hospital and text

May be an image of 3 people, hospital, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people, television and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 2 people, dais and text


May be an image of 2 people and hospital

ArticlePublished 10 Oct 2024 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM