
Artikel
Timbalan Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Kpwkm
Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan inisiatif kolaborasi antara Polis Diraja Malaysia dengan KPWKM dalam menangani isu berkaitan kes-kes jenayah...
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri dekat Bangunan Parlimen, di sini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Kepolisan Am), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan serta Pengurusan Tertinggi KPWKM.
Jurugambar: RMP TV PDRM