Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama

Diterbitkan: 23 Feb 2026 7.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 23 Februari 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan di Kompleks Islam Putrajaya, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-menteri-di-jabatan-perdana-menteri-hal-ehwal-agama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:12 MYT
Putrajaya, 23 Februari 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan di Kompleks Islam Putrajaya, di sini.

Kunjungan yang julung kali diadakan menjadi platform strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguatkuasaan agama di bawah Jabatan Perdana Menteri, selaras dengan tuntutan keselamatan semasa khususnya perkara yang menyentuh sensitiviti agama.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memperkukuh jaringan strategik bersama kementerian dan agensi kerajaan bagi memastikan keselamatan negara sentiasa berada di tahap tertinggi demi kesejahteraan rakyat.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of ‎one or more people and ‎text that says '‎B ArdB יאה @RAK DEAO LIKPDRI LIK PDRI‎'‎‎
ArtikelDiterbitkan 23 Feb 2026 7.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM