Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Lelaki Ditahan Polis Kerana Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

Published: 22 Jun 2015 2.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai tiga lelaki yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk ditahan polis trafik dalam satu operasi Op Mabuk/Lalulintas di Jalan Parameswara, Melaka semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-ditahan-polis-kerana-memandu-bawah-pengaruh-alkohol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:59 MYT


Seramai tiga lelaki yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk ditahan polis trafik dalam satu operasi Op Mabuk/Lalulintas di Jalan Parameswara, Melaka semalam.

Semasa operasi dilakukan, ketiga-tiga lelaki yang ditahan berlainan waktu berusia antara 22 hingga 45 tahun itu mengaku minum minuman keras, namun mendakwa tidak banyak.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, anggota polis trafik kemudian telah melakukan pemeriksaan lerhadap mereka selepas nafas ketiga-tiga mereka berbau alkohol yang kuat.

Sumber : Kosmo

Tiga Lelaki Ditahan Polis Kerana Memandu Bawah Pengaruh Alkohol
ArticlePublished 22 Jun 2015 2.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM