Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Lelaki Dipercayai Suspek Kes Samun Ditahan

Published: 06 Jul 2015 10.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Bharu, 6 Julai - Polis menahan tiga daripada empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun seorang wanita berusia 50-an di Jalan Padang Garong, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-dipercayai-suspek-kes-samun-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:07 MYT


Kota Bharu, 6 Julai - Polis menahan tiga daripada empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun seorang wanita berusia 50-an di Jalan Padang Garong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Mazlan Lazim berkata suspek berusia antara 23 dan 27 tahun itu ditahan di Pengkalan Chepa di sini pada hari sama.

"Mereka ditahan pada 3 petang selepas menyamun seorang wanita pada pukul 10.40 pagi.

"Kereta yang dipandu suspek telah kemalangan dan melanggar tiang elektrik, mereka kemudiannya lari masuk ke hutan berdekatan, anggota polis kemudiannya membuat serbuan dan berjaya menahan tiga dari empat suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Mazlan berkata, siasatan awal mendapati kereta yang digunakan suspek untuk melakukan samun itu adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Bachok.

"Saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine, kita akan buru seorang lagi suspek dipercayai berusia 20-an," katanya.

Mazlan berkata kesemua suspek akan direman hari ini manakala kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan ibu bapa supaya memantau anak-anak mereka agar tidak bermain mercun bagi mengelakkan kecelakaan.

"Jangan main mercun kerana ia boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada tubuh badan, ibu bapa diharap pantau dan jangan benarkan anak-anak bermain mercun kerana ia bahaya," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 06 Jul 2015 10.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM