Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tidak Beri Isyarat Membelok Polis Trafik Jadi Mangsa Kemalangan

Published: 04 Nov 2018 12.13 PM Updated: 31 Oct 2026 10.11 AM
KUALA KRAI - Polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang cedera apabila motosikal Honda VFR ditunggang bergesel dengan sebuah lori di Kampung Sungai Sok di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tidak-beri-isyarat-membelok-polis-trafik-jadi-mangsa-kemalangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 10/11/2026 03:19 MYT

KUALA KRAI - Polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang cedera apabila motosikal Honda VFR ditunggang bergesel dengan sebuah lori di Kampung Sungai Sok di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa, Koperal Mohd Fuzi Nayan dikatakan dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala Gua Musang sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang.

Sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa memotong sebuah lori, tetapi pemandu membelok tanpa memberi isyarat hingga menyebabkan berlaku pergeseran kedua-dua kenderaan terbabit.

Mangsa yang cedera ringan pada bahagian muka dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

http://www.sinarharian.com.my/…/motosikal-bergesel-lori-pol…

ArticlePublished 04 Nov 2018 12.13 PMUpdated 31 Oct 2026 10.11 AM