
Tidak Beri Isyarat Membelok Polis Trafik Jadi Mangsa Kemalangan
KUALA KRAI - Polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang cedera apabila motosikal Honda VFR ditunggang bergesel dengan sebuah lori di Kampung Sungai Sok di sini, hari ini.
Difahamkan, mangsa, Koperal Mohd Fuzi Nayan dikatakan dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala Gua Musang sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang.
Sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa memotong sebuah lori, tetapi pemandu membelok tanpa memberi isyarat hingga menyebabkan berlaku pergeseran kedua-dua kenderaan terbabit.
Mangsa yang cedera ringan pada bahagian muka dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.
http://www.sinarharian.com.my/…/motosikal-bergesel-lori-pol…