Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiada Lagi Alasan Penyelia Gagal Ambil Tindakan Ke Atas Anak Buah Yang Terlibat Dalam Salah Laku Timbalan Kpn

Diterbitkan: 25 Sep 2023 4.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 25 September 2023- Semua pegawai dan anggota yang memegang jawatan sebagai penyelia dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula dari pucuk pimpinan sehinggalah ke bawah akan dipertanggungjawabkan sekiranya gagal menyelia dan mengambil tindakan ke atas pegawai serta anggota di bawah seliaannya yang terlibat dalam salah laku.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiada-lagi-alasan-penyelia-gagal-ambil-tindakan-ke-atas-anak-buah-yang-terlibat-dalam-salah-laku-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:03 MYT
Kuala Lumpur, 25 September 2023- Semua pegawai dan anggota yang memegang jawatan sebagai penyelia dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula dari pucuk pimpinan sehinggalah ke bawah akan dipertanggungjawabkan sekiranya gagal menyelia dan mengambil tindakan ke atas pegawai serta anggota di bawah seliaannya yang terlibat dalam salah laku.
.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, peningkatan dalam kes-kes salah laku di kalangan pegawai dan anggota PDRM sejak kebelakangan ini memerlukan ketegasan serta keberanian dalam penyeliaan melalui kaedah "close monitoring".

"Tiada lagi alasan di kalangan penyelia-penyelia untuk tidak mahu mengambil sebarang tindakan ke atas pegawai dan anggota yang terlibat dalam salah laku kerana mahu popular atau menjadikan aspek 'esprit de cops' sebagai keengganan mengambil tindakan tegas.

"Bukan sekadar tindakan, malahan teguran juga tidak diambil kerana tidak ada keberanian dan ketegasan", ujar beliau sewaktu berucap dalam Perhimpunan Bulanan KPN September 2023 anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Dewan Theatrette dekat Bukit Aman, di sini pagi tadi.

Beliau turut memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai penyelia dari semua peringkat dalam Pasukan jika gagal melaksanakan arahan KPN pada Ogos lalu yang mengarahkan "Total Enforcement" ke atas Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Mengulas tentang tohmahan yang sering dilontarkan mutakhir ini, kononnya PDRM tidak menjalankan tugas secara profesional atau siasatan serta tangkapan 'terpilih', beliau menasihatkan warga Pasukan agar tidak perlu takut, bimbang atau gusar tentang dakwaan nakal tersebut selagi mana tindakan yang diambil adalah mengikut lunas undang-undang.

"Selagi kita mengikut undang-undang, prosedur operasi standard dan ikhlas dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab kita 'without fear or favour', kita tidak perlu bimbang.

"Kita bukan nak jadi popular, bukan nak jadi artis atau takut kehilangan "followers" Facebook, Instagram (atau) Tiktok. Terus tegas, ikhlas dan profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita", tambah beliau lagi.

Dalam majlis tadi, Dato' Sri Ayob Khan turut berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan KPN kepada enam pegawai bank tempatan sebagai tanda penghargaan Pasukan atas sumbangan serta peranan mereka membantu JSJK menjalankan siasatan memerangi jenayah kolar putih dalam negara selama ini.

Manakala 34 pegawai polis dan pegawai awam dari pelbagai Jabatan PDRM di Bukit Aman pula dianugerahkan sijil sama atas prestasi cemerlang dalam perkhidmatan masing-masing.

Hadir sama, Pengarah JSJK selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan, CP Dato' Sri Ramli Mohamad Yoosuf, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan sebahagian warga kerja Bukit Aman.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryan Mustin.

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of text

May be an image of 15 people, dais and text

May be an image of 8 people and text


 
 
ArtikelDiterbitkan 25 Sep 2023 4.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM