Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiada Kes Culik Ambil Organ Ketua Polis Daerah Rompin

Diterbitkan: 17 Sep 2018 9.57 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Polis menafikan penularan berita kes culik membabitkan 16 kanak-kanak dan remaja di sekitar Rompin yang kononnya berkaitan dengan sindiket pengambilan organ dan beberapa anggota badan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiada-kes-culik-ambil-organ-ketua-polis-daerah-rompin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:17 MYT

Polis menafikan penularan berita kes culik membabitkan 16 kanak-kanak dan remaja di sekitar Rompin yang kononnya berkaitan dengan sindiket pengambilan organ dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, berita palsu itu disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp sejak dua hari lalu sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan dan kita menafikan berlakunya kes seperti yang didakwa.

“Penularan berita palsu berkenaan menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat dan kita menasihatkan orang ramai supaya berhenti berkongsi berita terbabit," katanya ketika dihubungi, NSTP, hari ini.

Antara kandungan berita palsu berkenaan adalah orang ramai diminta berwaspada dan menjaga anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa culik yang bertujuan untuk pengambilan organ.

Berita itu juga mendakwa setakat ini seramai 16 kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 20 tahun dilaporkan hilang di sekitar daerah ini.

Malah mereka juga mendakwa suspek mencari mangsa dengan menaiki motosikal dan turut dilihat berada di daerah Mersing, Kluang dan Kahang di Mersing.

Azli juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita yang tular di laman sosial atau aplikasi tertentu dan menghubungipolis bagi mendapatkan pengesahan mengenainya.

Bacaan lanjut di https://www.hmetro.com.my/…/mana-ada-culik-budak-ambil-organ

ArtikelDiterbitkan 17 Sep 2018 9.57 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM