Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Thaneer Panthal Pdrm Sempena Sambutan Hari Thaipusam Wujudkan Keakraban Pdrm Dan Masyarakat

Published: 10 Feb 2025 10.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Gombak, 10 Februari 2025 - Bersempena Hari Thaipusam yang disambut pada hari esok oleh masyarakat Hindu seluruh negara, Polis Diraja Malaysia tidak melepaskan peluang dengan menjalankan Program "Community Policing Thaneer Panthal" di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/thaneer-panthal-pdrm-sempena-sambutan-hari-thaipusam-wujudkan-keakraban-pdrm-dan-masyarakat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:19 MYT
Gombak, 10 Februari 2025 - Bersempena Hari Thaipusam yang disambut pada hari esok oleh masyarakat Hindu seluruh negara, Polis Diraja Malaysia tidak melepaskan peluang dengan menjalankan Program "Community Policing Thaneer Panthal" di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, hari ini.

Program yang dijalankan setiap tahun itu telah melibatkan seramai 88 pegawai polis yang memberi air minuman secara percuma kepada mereka yang hadir meraikan perayaan tersebut. Ia sekali gus dapat mengeratkan lagi keakraban warga Pasukan di samping menyalurkan informasi-informasi terkini berkenaan jenayah yang berlaku dalam negara.

Program yang diadakan turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan yang mengambil peluang
mengedarkan air minum bersama warga Pasukan kepada masyarakat setempat di khemah PDRM.

Sepanjang sambutan Hari Thaipusam ini, pihak polis mengingatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan dan membuat perancangan perjalanan berikutan penutupan jalan utama di sekitar Batu Caves.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA) Bukit Aman, DCP M.V Srikumar Madhavan Nair, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam dan Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman SAC G. Seetha Dewi M. G Nair.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 7 people and temple

May be an image of 6 people, crowd and text

May be an image of 8 people and wedding

May be an image of 2 people, wedding and temple

May be an image of 6 people and temple


ArticlePublished 10 Feb 2025 10.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM