Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Terima Kasih Semua Facebook Rasmi Pdrm Kini Cecah Usia Ke 13 Tahun Penubuhannya

Published: 21 Sep 2023 1.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Hari ini, tanggal 21 September 2023 merupakan hari yang penuh bersejarah dan bermakna buat Facebook (FB) Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila telah mencecah usia ke-13 tahun penubuhannya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/terima-kasih-semua-facebook-rasmi-pdrm-kini-cecah-usia-ke-13-tahun-penubuhannya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:02 MYT
Hari ini, tanggal 21 September 2023 merupakan hari yang penuh bersejarah dan bermakna buat Facebook (FB) Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila telah mencecah usia ke-13 tahun penubuhannya.

Sepanjang tempoh tersebut, FB PDRM telah beroperasi dengan penuh profesional dalam menyampaikan maklumat yang cepat dan tepat kepada masyarakat berkaitan pelbagai isu melibatkan Pasukan serta hal ehwal semasa.
Buat lebih 2.5 JUTA FANS PDRM yang sentiasa setia memberikan sokongan, kami akan terus menyajikan kepada anda pengisian kandungan yang terkini dan terbaik selaras dengan moto 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

Kami selaku pentadbir Media Sosial Rasmi PDRM, mewakili 130,000 warga Pasukan yang lain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sokongan serta dokongan setia rakyat Malaysia kepada FB dan semua Media Sosial Rasmi PDRM selama ini. Tanpa kalian semua, siapalah kami. 😘 ❤️

 
ArticlePublished 21 Sep 2023 1.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM