Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Temasya Sukan Piala Kpn Timbalan Kpn Rasmi Penutup Sukan Piala Kpn 2025 Fasa 2

Diterbitkan: 10 May 2025 2.51 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.03 PM
Ipoh, 10 Mei 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir merasmikan Majlis Penutupan Temasya Sukan Piala KPN Tahun 2025 Fasa 2 di Stadium Indera Mulia, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/temasya-sukan-piala-kpn-timbalan-kpn-rasmi-penutup-sukan-piala-kpn-2025-fasa-2
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:19 MYT
Ipoh, 10 Mei 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir merasmikan Majlis Penutupan Temasya Sukan Piala KPN Tahun 2025 Fasa 2 di Stadium Indera Mulia, di sini.

Kejohanan yang berlangsung selama tujuh hari bermula dari 4 Mei lalu itu melibatkan penyertaan daripada seluruh kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau yang hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berpeluang menyaksikan perlawanan akhir sepak takraw antara Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Kontinjen Kuala Lumpur dengan kutipan mata 2-0.

Majlis penutup temasya telah menyaksikan kesemua juara bagi fasa kedua dalam enam jenis acara sukan yang dipertandingkan iaitu hoki, basikal, sepak takraw, bola tampar, bola sepak dan bola jaring. Para pemenang telah membawa pulang piala pusingan bagi ketegori masing-masing yang disampaikan oleh Dato’ Sri Ayob Khan sambil diringi Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM bersama Ketua Polis (KP) Perak merangkap Pengerusi Kontinjen Temasya Sukan Piala KPN Fasa 2, CP Dato’ Noor Hisam Nordin.

Berucap dalam majlis penutup, Dato’ Sri Ayob Khan menegaskan bahawa temasya sukan yang diadakan menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu serta meningkatkan kecergasan warga Pasukan ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

“Medium ini juga menggalakkan pertandingan secara adil dalam kalangan warga PDRM yang berpotensi untuk mewakili PDRM menerusi acara sukan yang diminati selain memupuk semangat berpasukan di samping mengekalkan tahap kecerdasan diri, sekali gus memberi impak kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan”, ujarnya.
Kemuncak majlis menyaksikan Kontinjen Bukit Aman berjaya mengekalkan kejuaraan keseluruhan Temasya Sukan Piala KPN 2025 Fasa 2 disusuli Kontinjen Perak serta Kontinjen Kuala Lumpur masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Kejohanan yang berlangsung kali ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung termasuk pameran oleh jabatan-jabatan dalam PDRM, agensi kerajaan serta swasta melalui penganjuran karnival oleh Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti.

Seusai majlis perasmian penutup, Dato’ Sri Ayob Khan berkesempatan melawat reruai yang mengambil bahagian antaranya pameran Bahagian Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Perak serta Kementerian Komunikasi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Marzuki Mohd Mokhtar, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Ab Rahaman Arsad, KP Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim dan Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh, Hj. Ahmad Munir Ishak.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 4 people and text that says 'OH M JTRDRM RDRM'

May be an image of 7 people and text that says 'Majls Penulupan PIALA KETUA POLIS NEGARA DISEMPURNAKANOLEH YDH IG TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN KETUA POLIS

May be an image of 12 people and text
ArtikelDiterbitkan 10 May 2025 2.51 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.03 PM