
Artikel
Temasya Sukan Piala Kpn Kontinjen Selangor Juara Ragbi Tahun 2024
Johor Bahru, 6 Mac 2024 - Pasukan ragbi Kontinjen Selangor muncul juara dalam Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2024 yang berlangsung dekat St...
Johor Bahru, 6 Mac 2024 - Pasukan ragbi Kontinjen Selangor muncul juara dalam Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2024 yang berlangsung dekat Stadium Ragbi Mount Austin, di sini.
Kontinjen Selangor menewaskan Kontinjen Kuala Lumpur 12-10 dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang semalam.
Sementara itu Kontinjen Bukit Aman dan Pahang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat dengan mata 28-0.
Sebanyak 18 pasukan ragbi dari seluruh kontinjen dalam Polis Diraja Malaysia termasuk beberapa buah unit dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam iaitu Pasukan 69 Komando, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Briged Utara PGA menyertai kejohanan ragbi edisi kali ini.
Piala disampaikan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Johor, SAC Chuah Yong Huat yang mewakili Ketua Polis Johor dalam acara penutup yang berlangsung penuh gilang-gemilang di stadium sama.
Terdahulu dalam aksi akhir kategori “plate” pasukan ragbi pilihan, PSP menepati ramalan muncul juara diikuti kategori “bowl” yang menjadikan Kontinjen Pulau Pinang dengan Kontinjen Sabah selaku johan bersama.
Turut dipertandingkan ialah kategori “shield” dalam saingan akhir apabila berjaya meletakkan Pasukan 69 Komando selaku johan setelah menundukkan Kontinjen Negeri Sembilan.
Selain itu, bagi kategori “spoon”menyaksikan Kontinjen Kedah berjaya menewaskan Kontinjen Terengganu 5-0.
Lebih manis dalam acara akhir ragbi yang dipertandingkan, juri menobatkan Konstabel Mohd Daim Zainudin dari Kontinjen Selangor sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.