
Artikel
Temasya Sukan Piala Kpn 69 Komando Psp Wanita Juara Tarik Tali Tahun 2024
Johor Bahru, 7 Mac 2024 - Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2024 bagi acara tarik tali (lelaki) berjaya dirangkul oleh pasukan tarik tali 69 Komando selepas...
Johor Bahru, 7 Mac 2024 - Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2024 bagi acara tarik tali (lelaki) berjaya dirangkul oleh pasukan tarik tali 69 Komando selepas menewaskan Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Stadium Ragbi Mount Austin, dekat sini.
Sementara kategori wanita pula menyaksikan dominasi Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) setelah mengatasi tujuh pasukan yang lain, petang tadi.
Hadir menyaksikan acara akhir kejohanan tadi ialah Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia KPN Bukit Aman selaku Pengelola Sukan Tarik Tali Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato' Mohammed Hasbullah Ali, Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias dan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Muhammad Najib Hamzah berkata, sebanyak 25 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 17 pasukan lelaki mengambil bahagian dan selebihnya adalah kategori wanita.
"Acara penyampaian piala kepada juara bagi kedua-dua acara dijangka akan disempurnakan pada majlis penutup oleh pucuk pimpinan PDRM," ujar beliau.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.